Assalamualaikum . My Name is Siti Nuraqilah Bt Jumaat . Just call me Qyla . 18 y/o . 19/11/1995 . Kesayangan Kekanda <3

Monday, January 21, 2013

Arwah Eliq

Assalamualaikum :') Today I want update about arwah Eliq. But the way this post adalah untuk cerita pasal arwah Eliq :( First time Qyla jumpa arwah time raya 2012.

Seriously arwah adalah manusia yang sangat fun :D Even Qyla kenal dia tak lama tapi secara automatic kitaorang dah jadi rapat sangat ^^/ Sebab dia punya gelagat and dia rajin menyakat,usik Qyla. Tiba-tiba jeh dia sakat Qyla "Eh kau ni cantiklah :D" time tuh Qyla apa lagi lah Qyla cakap lah " ishhh apa lah kau ni, merepek jeh" then dia gelak-gelak.

Qyla terperanjat sangat time Ariy cakap dia dah meninggal. Time tuh pukul 9 a.m. Qyla tak bangun tidur lagi pon. Tiba-tiba Qyla dapat text Ariy yang bertype "Salam semua, jenazah dijangka dia bwa pulang ke tg sepat jam 9.30 a.m nie. Dtg la sbgai penghormatan yg terakhir pada arwah. Sekian. Tq"

Time Qyla baca berderau darah >.< Qyla bangun Qyla terus call Ariy.
Qyla : Siapa yang meninggal Ariy?
Ariy : kawan Ariy, nama fb dia puteh achai.
Qyla : *blurr* huh? siapa tuh??
Ariy : Alahhh Eliq lahhhh
Qyla : huh??? Eliq ?? Innalillah. Bila dia meninggal Ariy?
Ariy : Malam tadi
Qyla : Laaa kenapa tak bagitahu daripada malam tadi ??
Ariy : Ariy nak bagitahu tapi kredit takde -.-
Qyla : Laaa yeke? hmm macam mana dia boleh meninggal.
Ariy : Dia accident, kepala dia pecah, sebab tu lah tak boleh nak selamatkan
Qyla : Astagfirullah
Ariy : hmm datanglah rumah dia..
Qyla : hmm insya'allah Ariy, Qyla datang. Nanti papehal Qyla text
*terus letak ganggang telefon

Time tu mak Qyla pon dah terperanjat,dia asyik tanya siapa yang meninggal.
Qyla duduk dekat pintu pagar then Qyla cerita lah dekat mak apa semua sambil berfikir dua, tiga kali sama ada nak pergi Tanjung Sepat ataupon tak. Then Qyla tanya dekat mak Qyla
Qyla : Mak ? Nak pergi ke tak? hmm
Mak : Tak payah lah. Jauh lahh dekat Tanjung Sepat sana
Qyla : tak pergi tak sedap pula mak. Dah lah kawan orang, tak kan tak pergi kod >.<
Mak : *diam*
Qyla : Jum mak pergi layat
Mak : Malas lah dik, jauh. Dah lah kereta takde
Qyla : *Fikir

*then bangun
Qyla : ishhh orang nak pergi juga lah mak. Tak sedap pula tak pergi.
Mak : kau nak pergi dengan siapa? naik motor?
Qyla : *sambil jalan ambil tuala, pergi soraang jeh. ha'ah lahhh
*terus mandi tanpa fikir panjang
Mak : tu kang bawa motor kemain laju lagi. Dah kelam kabut.
Qyla : mana ada
Mak : jangan laju-laju bawa motor, jenazah nya mesti tak sampai lagi sebab dari hospital pon
Qyla : hmm yela
Then Qyla pergi isi minyak terus pergi. Time tu dah doa-doa dalam hati "Ya Allah minta-minta lah jenazah tak sampai lagi "

Bila dah sampai Tanjung Sepat Qyla dah blurr sebab Qyla tak tahu rumah arwah. Then bawa handphone mak sebab ingat handphone mak ada kredit, then bila call Ariy, tiba-tiba "Sila tambah nilai bla bla bla bla " Time tu nak menangis pon ada sebab handphone Qyla terang-terang tak ada credit -.- Ada public phone tapi macam tetttt sebab rosak >.< time tu memang dugaan gila :3

Last2 gerak nak pergi cari kedai topup tapi fikir mana pula aku nak cari kedai topup ni :3 Qyla pon patah balik lagi :/ ada lah seorang pakcik tua ni. Qyla try tanya dia mana kubur sebab takut jenazah dah dibawa pergi kubur tapi pakcik ni terang dekat Qyla pon Qyla tak faham :/

Qyla decide Qyla pergi rumah Ariy jeh >.< Bila dah sampai Qyla bagi salam then adik dia yang keluar, time tuh cane Qyla nak tanya, tak lama lepastuh mak dia keluar. Qyla pon tanya
Qyla : Makcik? udin ada tak?
Mak Ariy : Udin takde. Dia dah pergi tadi.
Qyla : ohh yeke? Nak tanya rumah kawan dia yang meninggal dekat mana?
Mak ariy : Jalan ni kau terus kebelakang, lepastu kau belok kanan
Qyla : huh yela2, terima kasih makcik *senyum
Mak ariy : sama-sama. eh kau yang pernah datang sini kan?
Qyla : ha'ah, saya pernah datang sini time raya *dalam hati cam lagi mak ariy ni dekat muka aku
Mak ariy :ohh|
Qyla : makcik? saya pergi dulu ye :)
Mak ariy : huh yela-yela
then Qyla pon pergi rumah arwah, time tuh dah ramai gila >.< then parking motor lepastuh tanya dekat pakcik sebelah motor Qyla tuh
Qyla : Pakcik? Jenazah dah sampai?
Pakcik : Belum lagi
Qyla : okay terima kasih
but the way Qyla dah malu nak masuk sebaik ada makcik-makcik yang datang lambat. Qyla ikut jelah makcik tuh. Tengah jalan tu tiba-tiba nampak anak abang saudara Qyla, Qyla datang lah terus datang dekat dia. Dia salam Qyla apa semua but the way dia pon pelik macam mana Qyla boleh ada dekat situ.


Tak lama lepastuh Qyla jumpa wife abang saudara Qyla. Time tuh kak ira dah tanya
Kak Ira : eh? kenapa ada dekat sini?
Qyla : ni kawan saya #DahSebak
Kak Ira : ohh yeke? huh pergi lah masuk. Mimi ada dekat dalam
*Masuk jumpa mimi then duduk jeh dengan mimi
Time tu Qyla dah bingung nak pinjam handphone siapa, sebab nak call ariy >.< sebaik ada kakak tuh, mimi yang tolong pinjamkan handphone dia, call ariy tanya dia dekat mana then ariy cakap dia dekat belakang tengah tengok motor arwah. Qyla pon keluar, Ariy ada, time tuh tengok Epy muka dah merah, mata dah bengkak :3


Qyla pon masuk lagi duduk sebelah mimi, time tuh tibe2 teringat dia minta number Qyla tapi Qyla tak bagi, sampai kesudahnya dia tak dapat number Qyla :'( then time tuh juga lah Qyla dah menangis.
Tak lama lepastuh dengar bunyi macam van, act jenazah dah sampai >.< Time Qyla nak bangun tu mimi tunjukkan mak arwah. Qyla pon salam. Time tuh Qyla tengok muka mak dia kesian sangat. Dah tak larat sangat, sampai jalan pon ada orang yang kena pimpin.
Time tuh Qyla rasa dah lemah sangat, rasa macam nak duduk jeh. Sebaik ada anak abang saudara Qyla si mimi dengan adik dia, dia yang tolong Qyla :') Mimi sebelah kiri then adik dia sebelah kanan :3 time tu jenazah sampai jeh terus disembahyangkan then terus bawah pergi kubur.Time tuh muka arwah tak ditunjukkan lagi. Imam cakap nak buka dekat kubur jeh :/

Lepas habis solat jenazah Qyla terus gerak pergi kubur dengan mimi, time tuh Qyla dah tak larat nak bawa motor. Time otw pergi kubur tu Qyla still okay lagi, then bila dah sampai kubur tu Qyla dah sebak, lepastuh menangis :'( sebaik time dekat kubur Qyla still boleh tengok muka dia :') Alhamdulillah still boleh tengok muka arwah buat kali terakhir..


Bila dah siap dikebumikan, Qyla hantar mimi balik, then Qyla terus balik, time tuh bawa motor macam nak tak nak jeh sebab dah takde semangat :( tapi time tuh Qyla redha jelahh >.<
Alhamdulillah Qyla selamat sampai ke rumah :')

Balik tuh Qyla terus mandi, then bila malam Qyla on9 macam biasa. Qyla try seach Puteh Achai, Bila Qyla tengok dia add tapi Qyla tak approve -.- Ya Allah sedihnyaaaaaaaaa. Semenjak daripada tuh rasa serba salah bertambah-tambah dalam diri Qyla :'( Qyla mengadu dekat Ariy tapi Ariy cakap " Qyla jangan risau arwah dah maafkan Qyla, sebab time dia cerita pasal Qyla dia okay jeh" time tu Qyla macam nak menangis pon ada >.<

Keesokkan harinya Qyla keluar dengan cousin Qyla nak pergi beli donut, tiba-tiba bila kita check handphone ada text from Ariy.
Ariy's text : Qyla, ada 1 benda yg arwah pernah cakap pasal qyla,ary tak pernah lupa
Qyla : Dia cakap apa ???????

*lama tuh Ariy tak rply lagi then Qyla call tapi ariy nak text jeh :/
Reply from Ariy : Dia cakap qyla baik, pandai jaga diri, pandai jaga solat n untung siapa sapa dapat qyla, n dia cakap, suh ariy jge qyla baik2. Ary tiap saat ingat dia n rasa macam tak percaya dia dah tinggalkan ariy, aduhaiii
Time tu Qyla dah sebak gila then menangis dalam kereta :'( terharu sangat bila Arwah pesan dekat Ariy and Epy supaya jaga Qyla baik-baik :( terima kasih Eliq sekurang-kurangnya kau amanah kan kawan kau untuk jaga aku :') Thank you so much


Seriously Qyla serba salah gila dekat arwah :( dia minta number handphone Qyla tapi sampai kesudah dia tak dapat :( Dia add Qyla tak approve. Eliq aku minta maaf sangat-sangat :'( Aku tak sengaja. hmmm MAAFKAN AKU ELIQQQQ >.<

Insya'Allah eliq aku akan sentiasa mendoakan semoga roh kau aman disana dan semoga roh kau dicucuri rahmat :') serta Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Insya'Allah. Al-Fatihah :)






                                                                                                                                  The End...
                                             

No comments:

Post a Comment