Assalamualaikum . My Name is Siti Nuraqilah Bt Jumaat . Just call me Qyla . 18 y/o . 19/11/1995 . Kesayangan Kekanda <3

Tuesday, January 21, 2014

AYAH




Sudah lama rasanya aku tidak menaip di blog ini. Rasa rindu mahu post tapi jari-jemari tidak bersedia lagi. Tapi malam ini rasa terdetik dihati ingin ku kongsi cerita bersama rakan-rakan.

Tahun 2014,sudah menandakan umur aku bertambah iaitu 19 tahun. Itu juga bermakna sudah 5 tahun 5bulan 17 hari ayah aku pergi meninggalkan aku dan juga keluarga.

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya bila rindu tidak berbalas. Mungkin pada keluarga, sahabat handai, kekasih yang masih hidup boleh sahaja kita luahkan pada mereka bahawasanya kita rindu pada mereka. 

Tapi bagaimana pula kita ingin meluahkan rindu pada mereka yang sudah pergi untuk selamanya?Untuk aku luahkan rasa rinduku pada ayahku? Bukankah hanya air mata sahaja yang sudi menemani bila rindu menjelma untuknya? Bagiku,tiada ucapan lain seindah Al-Fatihah dan doa untuk aku kirimkan saban hari kepadanya agar dia tahu bagaimana rasa rindu aku kepadanya.

Aku tahu tidak baik menangisi kepergian mereka kerana tangisan kesedihan kita akan membuat dia tidak tenang disana. Tapi apakan daya aku tidak mampu menahan rindu yang lama untuknya. Mungkin aku boleh bersabar dan tabahkan hatiku tapi kesabaranku akan kurang dan diriku menjadi lemah apabila ada yang menyentuh berkaitannya.

Aku mengerti, aku masih mempunyai ibu yang menjagaku, yang mengerti aku, yang memahami aku, tapi pada aku umur diperingkat aku masih memerlukan kasih sayang daripada keduanya, masih memerlukan belaian dari ayah dan ibu, masih belum puas bermanja dengan ayah dan ibunya.

Sungguh beruntungnya diri mu wahai sahabat, saudara dan saudari kerana dirimu masih mempunyai ayah dan ibu. Sungguh bertuahnya dirimu masih bisa menerima kasih sayang dari keduanya serta belaian manja mereka. Bersyukurlah, masih belum terlambat untuk kau mengubah kelakuan mu yang selalu sahaja menyakiti mereka. Jangan terlalu leka, jangan sia-siakan masa yang ada. "HARGAILAH IBU BAPA MU SELAGI MEREKA ADA DI DEPAN MATA"







                                                                                                                      LotOfLove Qyla...